Guru
Jam Pembelajaran
/5
Purata Penilaian Kursus
LADAP Plus
Aplikasi LADAP Plus dibina untuk membudayakan pembangunan profesionalisme berterusan yang berkesan untuk guru-guru di Malaysia. LADAP Plus merupakan aplikasi mudah alih yang pertama seumpamanya di Malaysia khusus untuk pembangunan profesionalisme guru.
Belajar pada bila-bila masa dengan kandungan yang ringkas dan singkat.
Aplikasi ini menawarkan kandungan pembelajaran yang ringkas dan singkat dalam bentuk video pendek, teks dan imej. Anda boleh mempelajari strategi bilik darjah baharu dalam tempoh beberapa minit sahaja.
Terokai kursus kamiBina jaringan dengan guru dari seluruh Malaysia
Sertai forum bersama-sama guru dari seluruh Malaysia untuk berkolaborasi dan berkongsi idea antara satu sama lain. Ruang yang tepat untuk mengembangkan dan menambahbaik strategi pengajaran anda!
Dapatkan ganjaran menarik seperti e-sijil, mata pengalaman, lencana dan banyak lagi!
Sistem ganjaran direka bentuk untuk mengiktiraf dan memberi insentif kepada dedikasi anda terhadap pembangunan profesionalisme diri. Dengan melengkapkan kursus, tugasan dan berinteraksi dengan rakan guru dalam aplikasi ini, anda akan memperoleh pelbagai jenis sijil, mata ganjaran dan lencana.
Muat turun kursus untuk belajar pada bila-bila masa di mana-mana sahaja
Muat turun kandungan pembelajaran ke dalam telefon bimbit anda. Anda boleh terus belajar dan mengembangkan kemahiran anda, walaupun tidak mempunyai sambungan kepada internet.
Testimoni
Testimoni daripada pengguna LADAP Plus
Kenali individu peneraju LADAP Plus
Cheryl Ann Fernando
Ketua Pegawai Eksekutif PEMIMPIN GSL dan Pengasas Bersama LADAP Plus
Kami sangat berbangga dan teruja untuk melancarkan LADAP Plus, aplikasi mudah alih untuk pembangunan profesionalisme guru di mana kami menyediakan pengalaman pembelajaran yang lancar dan fleksibel untuk belajar di mana sahaja. Kami berharap melalui kandungan berkualiti tinggi, modul dan amalan terbaik yang tersedia dalam aplikasi ini, guru boleh memastikan setiap sesi pengajaran di dalam bilik darjah dapat membantu setiap kanak-kanak mencapai potensi penuh mereka. LADAP Plus berjanji untuk membawakan strategi dan idea kepimpinan yang interaktif, menyeronokkan dan menarik serta mencabar guru untuk membangunkan murid yang bersedia untuk masa depan.
Samuel Isaiah
Pengasas Bersama LADAP Plus
Bilik darjah adalah satu-satunya tempat untuk murid bukan sahaja belajar, tetapi untuk berkembang sebagai individu. Oleh itu, setiap pelajaran dalam bilik darjah mestilah menarik dan kami berharap melalui LADAP Plus, kami akan dapat menyediakan guru dengan idea, strategi inovatif dan kandungan bilik darjah yang menarik untuk memastikan hasil murid yang kukuh dalam bilik darjah mereka. Kami yakin LADAP Plus akan menjadi tambahan hebat kepada ruang edtech di Malaysia dan ia akan merevolusikan pengajaran dan pembelajaran.
Dr Hjh. Yatela Zainal Abidin
Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Sime Darby
Munirah Jamalludin
Pengurus LADAP Plus PEMIMPIN GSL
Justin Lai
Ahli Program Kanan PEMIMPIN GSL